Tidak Jumpa apa yang anda cari? Cari artikel lain di blog Ini

Memuatkan ...

Tips Kurus - Cara Kuruskan Badan.


Faktanya: 8.5juta Rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan (4.4juta orang darinya adalah obes) (KKM 2013)

Dalam fikiran rasa ngeri apabila sudah ada tanda-tanda baju dipakai sudah semakin sendat, terasa susah hendak bangun berdiri, terasa ramai pulak terpandang-pandang diri ini, fikiran mula serabut mulanya kemudian perut pun mula terasa lapar disebabkan otak bekerja overtime pulak. 

Dihadapan makanan wah nampak lazat-lazat, juga di wall facebook ramai pulak yang share gambar resepi menggoda. Untunglah bila ada hidangan lazat didepan mata. Sape yang nak tolak rezeki.

Tak pe makan sikit saje, ambil yang tu sikit, yang sini sikit, yang sana sikit, ya hakikatnya sikit. Hurmm terasa kenyang dah AKA perut terasa segah pulak bila dah minum air lagi. 

Air bandung, teh ais, milo ais, air batu kacang perghh mana nak boleh lari, dah sebati dengan kehidupan.


Dah kenape plak rasa lemah nih, mata daa berat, hurmm tenaga dah berkurang pulak. Kalau dah lepas makan nih sandarkan belakang sekejap nak rehat dulu, lepas ni baru fikir pasal kerja, tetiba terus lelap. 

Benarkah begitu?

Betul !!



Majoriti daripada kita sebenarnya sedemikian. Praktikalnya sudah menampakkan betapa kita mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang dengan rutin aktiviti seharian.

Kajian oleh Yale University Rudd Center for Food Policy and Obesity menunjukkan 13 kesan komplikasi perubatan daripada Obesiti. Antaranya:

1. Stroke

2. Penyakit berkaitan jantung dan tekanan darah.

3. Penyakit kencing manis.

4. Masalah pada pankreas dan insulin.

5. Ketidak normalan haid pada perempuan dan kitaran.

6. Sakit lutut.

7. Sakit urat pada kaki disebabkan masalah saluran darah tersumbat.

8. Gout.

9. Cancer – payudara, perut, kolon, esofagus, buah pinggang, pankreas dan prostat.

10. Batu karang hempedu.

11. Penyakit pada organ hati – hati berlemak atau bengkak.

12. Penyakit paru-paru – asma dan saluran darah tersumbat.

13. Masalah tidur.

Data-data sebegini mungkin sudah tidak asing lagi. Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan kita terhalang daripada menitikberatkan penyebab kepada obesiti. Atau kepercayaan kepada faktor lain seperti faktor keturunan menyebabkan kita redha akan ketentuan tersebut dan redha dengan apa jua yang akan berlaku. 

9 Penyebab Kegemukkan atau Obesiti.

Setiap tujuan dan kerja hendak di lakukan, kajian menyeluruh dan pemahaman wajib di ketahui dahulu akan punca-punca yang menyebabkan kegemukan dan obesiti. Sebahagian besar beranggapan bahawa pemakanan menyebabkan kegemukan dan menjadikan mereka obesiti, begitu juga sebab-sebab keturunan apabila melihat kepada saudara mara atau adik beradik juga mempunyai saiz dan berat badan yang besar. 

Tidak semua sebegitu, bukan?

Dari kajian dan pemerhatian terdapat 9 jenis penyebab kepada kegemukan atau obesiti:

1. Genatik atau keturunan. Seorang akan lebih cenderung untuk menjadi obesiti jika seorang atau kedua-dua ibu bapanya adalah obesiti. Mereka yang obesiti disebabkan oleh genatik mempunyai masalah kekurangan hormon leptin. Hormon leptin berfungsi menghantar signal ke otak untuk mengawal berat badan.

2. Terlebih makan. Kebiasaan yang dilakukan oleh kita semua setiap hari terutama jika diet itu mengandungi kandungan lemak atau gula yang tinggi.

3. Diet atau pemakanan yang tinggi karbohidrat ringkas. Karbohidrat yang tinggi akan menyebabkan penigkatan paras gula yang akan merangsang penghasilan insulin. Insulin berlebihan akan merangsang penghasilan tisu lemak yang menyebabkan peningkatan berat badan. Karbohidrat ringkas ini boleh didapati didalam minuman berkarbonat, kek, aiskrim, desert dan lain-lain. Ia berkali-kali mudah diserap oleh badan disebabkan strukturnya yang mudah tidak memerlukan proses penukaran kebahan lain untuk digunakan.

4. Kekerapan Makan. Kebiasaannya bila perut mula rasa pedih atau mendidih mahu tidak mahu kita akan berusaha mencari makanan. Dari pemerhatian saintis, mereka yang makan jumlah yang sedikit 4-5 kali sehari mempunyai paras kolesterol yang rendah dan juga level gula dalam darah yang stabil. Berbanding mereka yang makan kurang kerap (2-3 kali makan dengan banyak). Kemungkinannya ialah mereka yang makan sedikit dan kerap akan mengunakan insulin yang stabil berbanding mereka yang makan banyak dan kurang kerap akan menyebabkan terhasilnya insulin terlalu banyak secara mengejut selepas makan.

5. Kurang aktiviti. Kurang aktif samada waktu bekerja, selepas waktu bekerja atau riadah diwaktu hujung minggu.

6. Perubatan. Jika setiap hari terpaksa mengikuti jadual pengambilan apa-apa jenis ubat juga akan menyebabkan peningkatan berat badan dan obesiti. Kesan sampingan ubat-ubat moden kebanyakkan akan menyebabkan pesakit mengalami perut gastrik. Biasanya pedih perut gastrik ini akan diterjemahkan dengan makan. Kelebihan makan samada di waktu yang betul atau diluar waktu yang sepatutnya akan meningkatkan berat badan.

7. Psaikologi. Sebahagian dari kita apabila ada masalah, tabiat makan akan meningkat. Mereka yang makan berlebihan respon terhadap masalah-masalah seperti kesedihan, stress, marah akan menyebabkan peningkatan berat badan.

8. Penyakit. Hypothyroidism iaitu ketahanan terhadap insulin adalah salah satu penyakit penyebab kegemukan.

9. Isu sosial. Contohnya kekurangan wang untuk membeli makanan berkhasiat. 

Kita sudah membincangkan fakta untuk kurus dan juga punca-punca kegemukan. 

Kenapa?

Kerana dengan mengetahui punca-punca yang menyebabkan kegemukan dan obesiti itu barulah kita boleh menilai apakah penyebab masalah gemuk itu keatas diri sendiri. Nah cuba luangkan sedikit masa buatlah senarai apakah penyebab kepada permasalahan itu. Kemudian barulah boleh di bincangkan cara-cara atau teknik menurunkan berat badan yang sesuai.

Cara Kuruskan Badan.

Macam mana nak kurus? Soalan yang seperti halilintar memecah sebuah gunung yang sudah lama terpacak disitu namun gunung itu seolah-olah kebal. Biar dipanah dan dipanah petir ia tetap gagah kukuh disitu. 

Sehinggakan timbul perasaan merajuk dan marah, akibatnya berlakulah penyebab obesiti yang ke 7 itu. Tak nak peduli apa cara nak kurus sekalipun aku nekat biarlah diri aku gemuk, makan dan makan je. 

Teringat suatu ketika dahulu ketika menghadiri suatu kursus jatidiri. Suatu malam yang gelap tiada bulan hanya bintang sahaja disuruh oleh komandan berjalan kesatu destinasi dalam keadaan gelap. Bagaimanakah nak guna deria rasa dan telinga dengan bantuan bintang-bintang untuk melintasi suatu kawasan semak berbukit itu untuk sampai ke destinasi yang di tetapkan. Hari ini bukan kita nak berbicara berkenaan itu tetapi lebih kepada punca-punca kegemukkan supaya tercapai tujuan kita menurunkan dan mengawal berat badan.

Bagaimana Cara Turunkan Berat Badan Berfungsi?

Dari segi teori sainsnya ia amat mudah difahami. Berat badan kita bergantung kepada berapa banyak tenaga yang kita ada dalam bentuk kalori makanan dan minuman serta berapa tenaga yang badan kita gunakan.

Jika jumlah kalori yang kita makan sama dengan tenaga untuk badan gunakan hasilnya berat akan stabil.

Jika jumlah kalori yang kita makan melebihi yang diperlukan oleh badan, berat akan meningkat. Tenaga akan di tukar menjadi lemak dan disimpan.

Jika jumlah kalori yang dimakan kurang dari yang diperlukan oleh badan, berat akan turun. Badan akan menggunakan lemak yang disimpan.

Mudah bukan untuk difahami konsepnya.

Nak turunkan berat badan perlu kurangkan jumlah kalori pemakanan kita – makan kurang dan lebihkan aktiviti fizikal.

Sebut saja kalori, tahu kah apa itu kalori? 

Kalau tak faham boleh lah rujuk di SINI.

Ubah Cara Hidup Seharian Untuk Kehidupan.

Ada orang diet untuk turunkan berat badan, apabila sudah mendapat berat yang ideal, mereka lupakan diet itu dan kembali kepada tabiat lama pemakanan. Akibatnya berat meningkat kembali. Oleh itu ubah cara kehidupan untuk sepanjang kehidupan anda seterusnya. 

Syarat Utama Hendak Mulakan Diet Turunkan Berat Badan.

Betul! Kita perlu memenuhi syarat-syarat berikut jika hendak turunkan berat badan.

1. Motivasi diri mestilah kuat dan penting. Elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan motivasi anda tercabar. Contohnya rakan-rakan yang suka mempermain-mainkan anda. Ambillah apa jua itu sebagai satu cabaran untuk anda membuktikan apa yang anda hendak buat itu boleh mencapai kejayaannya.

2. Set sasaran yang munasabah dengan jangka masa yang munasabah. Sasaran amatlah penting supaya kita boleh fokus keatas usaha-usaha yang kita sedang rancang itu.

3. Set plan tindakan anda. Ya buatkan satu perancangan yang akan anda ikuti sepanjang tempoh yang anda tetapkan itu.

4. Pantau setiap pengambilan makanan anda. Termasukklah maklumat pemakanan, nutrens, jumlah kalori, kuantiti dan frekuensi pemakanan. Juga pantau setiap minuman yang di ambil. 

Makan Untuk Turunkan Berat Badan.

Sasarkan untuk makan secara diet berimbang. Diet Orang Malaysia biasanya makan nasi. Sehari 3-5 kali makan nasi. 

Soalannya, bolehkah makan nasi kalau nak turunkan berat badan?

Jawapannya ya boleh. Tapi hanya segenggam nasi atau sebesar penumbuk saja selain ayam dan sayur. Minuman air kosong. Jika anda mengambil minuman manis hendaklah dikurangkan jumlah nasi itu. Ikuti video yang dikongsikan oleh Kevin Azahari.



Boleh juga di amalkan beberapa contoh menu pemakanan diet seperti berikut:



Atau anda hendak membuat kiraan kalori dahulu sebelum mengamalkan sebarang diet anda boleh lah baca artikel Pelan Pemakanan Zakikhan

Cabaran Utama Diet Turunkan Berat Badan.

Pada bulan Ramadhan kita diwajibkan berpuasa disiang harinya. Bangun sahur seawal pukul 5 pagi dan makan sahur sebelum waktu imsak. Keberkatan sahur itu memberikan tenaga kepada kita untuk berpuasa seharian. Mungkin juga kita boleh amalkan berpuasa beberapa hari seminggu untuk melihat sejauh mana boleh turunkan berat badan.

Hakikatnya rasa tidak mahu berpuasa itu membuatkan ramai memilih untuk mengamalkan diet dengan harapan boleh turunkan berat badan.

Cabaran utamanya ialah gastrik atau perut sentiasa terasa mendidih dan lapar. Walaupun minum air kosong, otak tetap akan berisyarat bahawa perut mesti diisi lagi kerana masih kelaparan. Sehari dua mungkin otak boleh menipu, tapi lepas itu ramai yang kalah dalam pertarungan ini.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku?

Jawapannya ialah masalah ketidak seimbangan perut.

Rujuk kepada faktor-faktor yang menyebabkan obesiti atau kegemukkan yang dibincangkan diawalnya, kita dapati perut yang mendidih lapar ditambah faktor makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan lemak penyebab utama meningkatnya berat badan selain daripada sebab-sebab lain.

Jika kita dapat kawal gastrik atau perut rasa pedih lapar ini sudah pasti kita akan dapat kawal jumlah pemakanan kita. Justeru berat badan dapat dikawal dan akhirnya turun.

Bukankah begitu?

Andainya pernah mencuba sebarang diet jawapannya ya tapi kalau belum bolehlah cuba untuk beberapa hari. Jika kurang aktif dan tiada aktiviti luar maka rasa lapar itu akan lebih menjadi-jadi.

Andaikata Kita Dapat Atasi Masalah Gastrik Perut ini Pastinya Diet Akan Berjaya? 

Fakta:

Perut akan merembeskan asid-asid untuk memudahkan makanan yang dimakan mudah dicerna dan melalui proses penyerapan selanjutnya. Lapisan dalam perut pula diselaputi mukosa untuk melindungi vilus-vilus perut daripada hakisan oleh asid-asid. Disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak seimbang, lapisan mukosa tersebut semakin menipis dan terhakis. Akibatnya vilus-vilus perut ini terdedah kepada hakisan asid-asid. Maka terjadilah gastrik.

Lepas Makan Perut terasa segah, Kembung dan Mengantuk.

Ada orang beranggapan apabila makanan sudah banyak didalam perut, kerja berat terpaksa dilakukan oleh perut, itulah penyebab kenapa kita rasa mengantuk lepas makan.

Disebalik kebenarannya ada fakta lain yang lebih penting menjelaskan persoalan itu.

Faktor insulin berlebihan. Semasa makan otak akan mengesan jumlah makanan yang berlebihan masuk keperut. Secara otomatisnya otak akan mengarahkan pankreas menghasilkan lebih banyak insulin dirembeskan untuk meneutralkan gula.

Akibatnya paras gula turun mendadak. Seketika lepas makan akan menyebabkan terasa letih dan kurang bertenaga kerana paras gula yang dah turun mengejut. Akan tetapi makanan yang baru dimakan belum diproses. 

Ya betul andainya boleh atasi masalah gastrik maka diet akan berjaya. Itulah penyebabnya kenapa kita rasa letih dan mengantuk selepas makan.

Teknik Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Gastrik.

Secara umumnya jika menu pemakanan kita berasaskan sayuran dan buah-buahan nescaya masalah pedih perut akan dapat dikawal. Tapi menu kita di Malaysia ini kebiasaannya nasi dan ber kari. Ditambah pula dengan godaan-godaan perniagaan makanan di pasar-pasar malam, di facebook, pasar tani dan juga restoran-restoran yang begitu banyak tersedia. 

7 Bahan Semulajadi Yang Mampu Mengatasi Masalah Asid Perut.

Dari kajian-kajian, rujukan-rujukan, serta percubaan yang dibuat terdapat beberapa cara dapat membantu mengatasi masalah gastrik tersebut. Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada disekeliling kita sahaja.

1. Garcinia Cambogia - banyak digunakan sebagai bahan asas produk-produk pelansingan.

2. Green Tea – juga dapat mengawal gula.

3. Liquid Chlorophyl – terbaik melindungi lapisan mukosa perut.

4. Japanese Plum Ball – popular di Jepun untuk masalah digestion.

5. Jus Apel hijau – membantu membakar lemak juga.

6. Jus Saderi – terbaik untuk digestion.

7. Jus Carrot – terbaik untuk perut.

5 Cara Memastikan Anda Berjaya Menurunkan Berat Badan.

“Saya dah beli produk itu dan makan abis dah sebotol, lepas sebulan timbang tak turun pun.”

“ Berat Tak turunpun, harap kempen je kuat tapi tak berkesan”

“Produk tu tipu lah, tak turun pun berat badan lepas sebulan minum”

Banyak lagi keluh kesah testimoni negative dari mereka yang pernah mencuba produk-produk pelangsingan atau fat burner diluar sana yang gagal mendapat keputusan yang diharapkan.

Frust dan kecewa, tidak seperti yang di gambarkan.

Persoalannya, kenapa begitu banyak testimoni mereka yang berjaya dipaparkan? Adakah semua itu tipu dan lakonan saja?

Jawapannya tidak. Mereka yang berjaya menurunkan berat badan itu sebenarnya adalah berada didalam satu kategori yang cukup selesa untuk proses membakar lemak dan turunkan berat badan. Mereka itu adalah cukup aktif setiap hari, bekerja dari subuh hingga tengah malam, makan ala kadar saja, perut seimbang, tidak minum air bergula dan lain-lain lagi. 

Ya walaupun mereka tidak pernah membuat kiraan kalori setiap hari tapi faktor disiplin pemakanan membantu mereka menurunkan berat badan disamping aktiviti yang padat setiap hari.

Maka mereka yang pernah gagal selepas percubaan pertama menggunakan produk pelangsingan atau fat burner semestinya membuat kajian semula pemakanan setiap hari dan berapa aktif setiap hari untuk membakar lemak. Juga faktor-faktor gastrik seperti telah di bincangkan diatas. 

Langkah-langkah tambahan adalah wajar diambil untuk mereka yang pernah gagal itu supaya motivasi dan usaha anda dapat dipulihkan semula.

9 Langkah Penting Memastikan Berat Badan Turun Dengan Mudah.

Andainya anda ingin mencuba sebarang cara untuk menurunkan berat badan, seelok-eloknya amalkan langkah-langkah berikut:

1. Belilah produk pelangsingan atau fat burner (hanya mempunyai kandungan semulajadi) yang sah dan lulu KKM untuk menjamin tiada sebarang risiko kesan sampingan berbahaya. Pastikan anda faham cara pengambilannya.

2. Pastikan anda bersedia dengan bahan-bahan untuk mengatasi masalah gastrik perut anda seterusnya mengawal nafsu makan anda. (rujuk 7 Bahan Semulajadi Yang Mampu Mengatasi Masalah Asid Perut)

3. Pastikan anda minum air kosong 2-3 liter sehari, seboleh-bolehnya air yang telah dimasak atau air RO. Air akan membantu anda flush apa-apa yang telah disintesis oleh produk pelansingan keluar dari badan disamping membantu melancarkan peredaran darah.

4. Pastikan anda cukup aktif setiap hari, elakkan terlalu lama berada didalam susana air condition (setkan suhu tidak terlalu sejuk) atau seboleh-bolehnya biasakan diri anda berada didalam suasana panas termasuk didalam kereta.

5. Tinggalkan minuman manis bergula dan juga berais. Juga makanan yang mengandungi gula ringkas dan karbohidrat ringkas seperti kek, aiskrim, junk food dan lain-lain lagi.

6. Rajin-rajinlah beriadah terutama bersenam sekurang-kurangnya sekali seminggu, seelok-eloknya 15-30 min setiap hari (awal pagi). Kurangkan tidur dan Elakkan tidor diwaktu-waktu awal pagi dan juga waktu asar.

6. Hadkan makanan berkarbo dan berlemak setiap hari (rujuk contoh diet) dan pastikan anda tahu dan faham apa jua jenis makanan yang anda hendak makan.

7. Elakkan daripada terlalu banyak berfikir, berkhayal hal-hal resepi dan makanan.

8. Tukar cara masakan anda daripada bergoreng menggunakan minyak kepada kukus dan bakar (grile). 

9. Makan 5 kali sehari (rujuk video diet makan nasi) dengan kuantiti yang sedikit untuk mengelakkan kejutan insulin.

Kekalkan motivasi anda tinggi sepanjang kempen anda demi mendapatkan hasil yang memuaskan. Selamat mencuba.

.

.

Disclaimer (Penafian)

Terima kasih kerana anda sudi melawat blog saya yang tak seberapa ini. Disini saya memaparkan segala maklumat dari pengalaman saya berkenaan penyakit Lukimia CML dan cara-cara menjaga diri untuk lebih sihat dan sejahtera.

Sekian.

DISCLAIMER.
Semua maklumat yang dikongsi di blog ini adalah hasil dari pengalaman dan pengetahuan penulis blog ini dan tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maklumat yang dikongsi disini hanya lah sekadar berkongsi pengalaman dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan atau hujah dengan mana-mana pihak jua. Penulis tidak bertanggungjawab keatas apa-apa jua perkongsian disini yang mana jika diikuti memberikan kesan tidak baik atau kesan buruk keatas diri masing-masing. Apa yang ditulis disini hanyalah sekadar berkongsi informasi dan idea sahaja dan tidak tertakluk kepada mana-mana pihak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...